Wednesday, January 25, 2012

puji dan refleksi diri.


Ya Allah jangan lah engkau uji ku dengan pujian yang menggunung andai pujian itu bisa membuatkan aku berhenti dari berusaha..berhenti dari memperbaiki dir…berhenti dari membetulkan kesilapan diri..berhenti dari mencari yang tiada di hati…

**********

Pujian adalah dambaan setiap insan..apatah lagi bila telah meletakkan effort yang selayaknya..pasti ada sedikit harapan agar di berikan kata-kata positif…tidak kisah la dalam bentuk senyuman…kata-kata..atau sebagainya..dan kata-kata positif ini kadang-kadang dapat membakar semangat..sehingga merebakkkan api usaha yang berkobar kobar…panasnya menyebakan kita tidak duduk diam berusaha…tapi pujian juga boleh menghanguskan usaha..sehingga kemampuan untuk mengahsilkan yang lebih baik rentung begitu sahaja…tinggal abu yang tak bermakna…ditiup sahaja hilang entah ke mana…sungguh tak berguna..

**********

Kritikan?tiada siapa mahu..padahal kritikan la kemanisan disebalik kepahitan...

walaupun kritikan itu pahit. tapi ia menghasilkan kemanisan dihujung usaha… dan walaupun pujian itu manis.tapi boleh mematikan langkah untuk kita berusaha dengan lebih baik. optimist dalam menerima… kesilapan untuk diperbaiki….. bukan di simpan dan bukan untuk diulangi… people always tend to down bila di kritik..walhaal..That is stepping stone to go ahead and produce something much better…

**********

dan beringatlah wahai diri “ketagihan pujian adalah muqaddimah kebinasaan” …dalam kehidupan seseorang ada yang amat mudah untuk menerima pujian…setiap perilakunya menjadi perhatian..dan menjadi pujian ramai…kadang menimbulkan rasa iri hati dari pihak lain yang hanya memandang…tanpa melihat kepada usaha yang di puji…jika mereka melihat apa yang di sebalik pujian itu..mereka mungkin akan berkata sipulan itu berhak di puji sebagai satu penghargaan ke atas kesungguhan dia dalam berusaha…namun jika tidak, kita tetap akan melontarkan kata-kata bahawa “nasib la..dia sering di pandang baik”..ini lah antara scenario yang sering berlaku di sekeliling kita..kan…tapi adakah itu isi kandungan sesuatu situasi bagi kita yang memandang…?noktahnya bukan pada kulit cerita..tapi pada setiap chapter ,plot, klimaks dan seharusnya pada penguraian kisah sebagai kesimpulan sesebuah penceritaan…

**********

oleh itu..bagaimana kah kesempurnaan pada sebuah kisah jika melihat kepada penguraian dan kesimpulan secara keseluruhannya..? dan ketahuilah setiap yang berlaku itu adalah salah satu babak dunia di mana kita sebagai lakon layar harus memilih menjadikan ia faedah atau kemudaratan..positif atau negative..

**********

andai kita adalah watak yang kurang mendapat pujian atau penghargaan manusia..ingat lah bahawa .. letak lah Allah di tempat paling tinggi di hati…dan jangan sesekali berasa lemah…dan bersangka buruk..tapi berharaplah pada Allah..agar menujukkan jalan untuk kita memperolehi yang terbaik..mungkin bukan di mata manusia..tapi di mata Allah swt..

***********

namun..andai kita adalah watak yang sentiasa di limpahi pujian dalam setiap perilaku kita…ingatlah..jika tidak kembali pada yang menciptakan…ia ibarat..mencurahkan air ke daun keladi..tiada setitis pun yang menyerap ke jiwa..hanya berlegar di permukaan daun yang mempunyai perimeter ..andai panas menjelma ia kering begitu sahaja..dan andai di tiup angin ia tetap jatuh ke tanah…biar hujan lebat sekali pun airnya tetap tidak menyerap ke dalam daunnya..

**********

Those who kneel down to ALLAH can stand up for anything..HE is always there for you..~

(sahabat)

Always turn to Allah in everything we do..

Jadikan hamparan sejadah kehidupan kita berkiblatkan Allah..

Itu gambaran keikhlasan sesuatu amalan yang tidak mengharap balasan selain balasan Allah..

Tuesday, December 13, 2011

Kemana selepas ini..(Refleksi diri)

Bismillah

Alhamdulillah..dalam kesibukkan menghabiskan sisa di semester akhir..(insyaAllah) ..aku mendapat jemputan menghadiri satu slot untuk 4th year “berubah ke esok”..atau lebih senang.

”ke mana selepas ini?”

Seolah menyoal diri sendiri…”dengan kemampuan dan kemahuan..kemana aku selepas ini?” Terlalu awalkah aku untuk merancang nya dari saat ini…walaupun aku belum lagi officially graduate..cuma berada di semester akhir….exam pun belum selesai lagi…tapi langkah selepas graduasi harus difikirkan sekarang…kerana manusia itu punya hak untuk merancnag…Allah tidak membataskan hak kita untuk merancnag..namun kita harus tahu..bahawa Allah lah sebaik-baik perancang..dan kita harus menerima segala ketentuan…namun itu tidak bermakna kita harus menunggu perancangan Allah berlaku dengan sendiri…tangan ini,kaki ini..jasad ini..haruslah membuat pilihan…


“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”

Al-Anfal :60

Berdasarrkan tafsir surah Al anfal..kita dapat lihat..jelas disitu Allah menyeru dan menyuruh agar kita membuat persiapan dalam menepuh hidup di waktu seterusnya..sebagaimana unta diciptakan dengan satu bonggol yang dapat menakung air dan menjadi bekalan sewaktu di padang pasir…dan bulu mata yang istimewa agar bisa menapis habuk-habuk sepanjang ia mengembara…itulah persiapan yang telah Allah sediakan untuk makhluk ciptaanNYA itu..dan kita ?Allah telah mmeberi akal fikiran untuk kita berfikir melihat kedepan ..apakah cerminan kehidupan yang bakal kita lalui..dan semsetinya kita menyedari bahawa dunia luar itu penuh dengan ujian…dan keadaan nya tersangat lah tenat…ujian dalam pembawakan diri..keterampilan..pergaulan..masyarakat..gaya kerja..amanah masa…amanah kerja..dan sebagainya…


Dan aku juga pernah merasai dunia pekerjaan selama beberapa bulan sewaktu menjalani ‘praktical training’ cukup memberi gambaran kepada ku bagaimana reality pekerjaan..andai aku berada di bidang landscape architecture..menjadi seorang landscape architect wanita..adakah itu yang kita mahu dan dambakan….dan adakah itu matlamat kesudahan selama hampir empat tahun menuntut ilmu di bumi uia..dan memiliki segulung ijazah…mungkin perlu di tambah sedikit…menjadi ‘landscape architect wanita muslimah jika matlamat hidup kita daalah “syurga Allah”

Dimana kah muslimah itu harus diterapkan…semestinya melalui tarbiyah…tarbiyah lah yang menjaga aku sepanjang aku memasuki alam university…yang menjaga aku mencari identii diri...yang mengajar aku tujuan hidup bersama illahi..yang mengajar aku…hidup bukan untuk duniawi…tapi ukhrawi…tarbiyah tempat aku mencari ketenangan disaat diri dalam ketegangan..ketenangan kerja mahu pun ketegaan emosi..dan tarbiayah lah tempat aku mencas bateri iman… apabila iman lemah kita mudah tolerate…dengan situasi…dan aku akui..iman ini naik dan turun…disaat turun..segalanya mudah di tolak ansur..tiada penegasan dalam diri...

Namun bagaimana andai iman tidak dijaga bila di luar nanti..?semua benda mudah sahaja untuk di tolak ansur…dalam menepati waktu..dalam menjaga amanah kerja..dalam pergaulan…dalam pemilihan pakaian..dalam pemilihan makanan…dan segala macam hal lagi…mahukah kita berjuang demi mempertahakan kebenaran tanpa iman didada..kuatkah kita..?


“andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuanagan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu. RTurun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemnaisan yang tak terhingga . Andai rebah bangkitlah semula.Andai terluka ingatlah janjiNYA”

sungguh aku tidak kuat tanpa tarbiyah..


Ya Allah..andai masa depan ku masih bersisa…engkau titipkan lah wasilah untuk mentarbiyah diri ini walau disudut mane pun aku berada di bumi mu ini. Dan engkau bawakan lah tarbiyah itu dalam diri setiap insan disekelilingku..yang jauh mahupun dekat.. biar kefahaman dan matlamat hidup kami sama ..iaitu syurga mu… Matikanlah aku dalam keadaan iman dan Islam… Ya Allah…amen...




Monday, December 12, 2011

mencatat sebagai muhasabah diri

kini sudah tiba masanya..aku mencari tapi bukan menunggu..mungkin kali ini i'v to move..slow2..if nak ikot skali jom.we move together.mencari sedikit erti hidup....peduli kan kata orang.kerana aku berbuat kerana MU. hidup terlampau bersandar pada manusia tidak kemana...sehingga kadang2 hati pernah terdetik..tunggu la ade sesuatu asbab yang membuatkan aku bisa move...sampai bila nak menuggu...lebih baik berusaha mencari..mencari ketenangan yang Allah janji..tapi jujur hati masih lembut..masih tidak berani tegas...cuma ku yakini Allah mengerti setiap patah bicara hati..apa yang tersurat dan tersembunyi..dan sesungguhnya Allah jua yang membolak balik kkan hati manusia...berilah kefahaman yang sama kepada kami...tiada beza antara kami selain iman dan taqwa kepada MU....aku mengerti Allah tidak menghukum perasaan ini..cuma Allah sedikit menguji...samaada kita kembali atau tidak di sisi ilahi....

perasaan apa ni?perasaan seorang hamba yang kadang hidup segar..dan kadang layu..dan pohon jauh dari hati yang MATI....dan lagi jauh hati yang MATI berkali-kali...(T_T)

Sunday, December 11, 2011

bantulah


Bismillah…

Memulakan pagi dengan secebis catatan dari hati…

Dengan mmebenarkan hati menzahirkan apa yang di rasa…

Angin di luar jendela seolah menyapa diri ..”tengah buat apa tu”…hati rasa tercuit…betapa hidup ini tidak la terlalu sunyi jika merasa kan kehadiran alam ciptaan Allah…terlalu banyka untuk dinikmati..betapa Allah itu maha pemurah dan maha pengasih….

Kicauan burung seolah memberitahu..hari mu bermula lagi pada pagi ini…apa yang harus kamu lakukan…?

Langit yang tenang tidak menunjukkan pergerakan waktu membuatkan diri ku merasakan amat tenang…mane tak…langit pada jam 7 dan jam hampir 9 seolah mendefinasikan waktu yang sama…tanpa kehadiran mentari yang jelas…sungguh nyaman rasanya..tapi pabila menoleh pada jarum jam tangan ku..oh! aku terpaksa sedar..waktu itu sbenarnya terus menerus berjalan……

Teringat kata2 naqibahku semalam…

Masa terus berlalu..jgn memandang dengan apa yang kita telah lakukan..namun pandang la usia yang berbaki yang kita sendiri tidak tahu entah esok , lusa, minggu depan,bulan depan atau tahun depan ..bila2masa sahaja kita akan di jemput….kemana kah kita mahu menginfak kan usia yang berbaki itu…

Pengisian usrah semalam sedikit sebanyak tersentuh di lubuk hati ku..

Alhamdulillah..aku kini sudah menhampiri di tahun akhir…dan sedang berusaha menamatkan bachelor of landscape architecture…cuba memperolehi sebuah certificate dunia…semoga allah menghintung juga sebgai catatan untuk di redeem di akhirat nanti…..semoga Allah mengampunkan segala kesilapan ku yang lalu..sekarang dan akan datang..terlalu lemah diri ini menagkis segla uhjian yang datang…

Sudah cukupkan dengan menamatkaan degree kita di takrifkan sebagai orang berilmu…padahal “orang yang berilmu itu adalah orang beramal”….sungguh aku terasa amat jauh disitu….bertahun di uia…pelbagai ilmu telah sampai ..tapi apa yang telah ku amal…tidak perlu melihat kepada org lain…lihat saje pada diri sendiri…kerana kita akan dipersoalakan ketas diri kita sendiri nanti…diri ini la yang akan diusung menuju ke kampung abadi …

Kerdil sungguh diri ini terasa..namun kerdil buka sebba diri tidak bisa membuat satu transformasi..memperbaiki diri ..menjadi kepada lebih baik lagi…semuanya bergantung keatas kehendak diri…diri yang memasak niat..memandu usaha..mengalirkan istiqamah dalam setiap perbuatan…melemparkan doa yang berterusan ke hadrat ilahi…sehingga kita menemukan titik tawakkal…

Berkata mungkin lebih mudah dari melaksanakan…namun x rugi andai mencuba dan berusaha…

Catatan hati…sesungguhnya hati ini mahu… Ya Allah bantulah..


Monday, December 5, 2011

Catatan lepas kesimpulan hari ini.


Catatan hari ini ( 24 Jan 2011)

Hari ni saya belajar sesuatu.walaupun da biasa buat.tapi kadang2 tak sedar pun kenapa saya buat.tapi tadi during consultation time dengan lecturer.saya asyik merenung je setiap kata2 lecturer saya.hem.antaraakata2 nye yang buat saya teringat tentang life saya ni..

1. Korang kene fully utilized waktu siang.supaya 8 jam waktu tidur kamu miliki.oh!! 8 jam..heh! impossible.tapi saya LIKE sgt2.dan SETUJU.madam cakap.mase blajar dulu, die x amalkan pun stay UP.dia juz make sure, waktu siangnya akan digunakan sepenuhnya. Dari subuh sampai magrib.mcm2 boleh buat.so bila malam.itu waktu rehat.kamu tidak boleh melanggar fitrah kehidupan dan juga fitrah penciptaan malam dan siang.saya suka ulang ayat ini sbb saya nak ade mind set.design student bukan semestinya STAY UP!..titik.

2. Madam kata, korang kene jaga muka korang.kene always Nampak muda.hehe LIKE! Lagi..serious.muka mdm mmg mude..mcm baby face pun ada..comel..comel sgt2..nampak cool giler..cara hidup korang effect pada diir..so kalo saying kan diri..pilih cara hidup seperti yang di syariatkan..look!!! terbukti kan..Islam tidak menetapkan sesuatu tanpa sebab..agama Islam adalah agama yang cukup sempurna..so ikot la cara hidup yang disarankan oleh Islam..kenapa harus menolak kebaikan yang telah di gariskan..fikir2 kan..

3. Renew niat sebelum tidur.so automatically dah jadi satu azam dan plan untuk hari esok..sepertimana nabi suruh kitaa amalakn baca doa sebelu tidur..maaf kan setiap kesalahan orang..

Kesimpulan pada 5 disember 2011.

Kata2 madam saya akui. Walaupun saya berada dalam final year. Dan saya perlu lipatgandakan usaha.untuk menghabiskan thesis. Saya cuba amalkan apa yang madam sarankan. Lipatgandakan usaha di sianghari..dan jangan sesekali mengenpikan hak pada diri..kesiahatan..rehat..sepertimana fitrah penciptaan siang dan malam.

“ Dan kami jadikan tidurmu sebagai pemutus daripada urusan kerja. Dan kami jadikan malam sebagai pakaian menutup (untuk tidur). Dan kami jadikan siang untuk kamu mencari kehidupan. “

(An-Naba’ 9-11)

dan yang paling priority..jangan sesekali abaikan hak pada Allah..insyaAllah DIA akan jaga hak kita..kita ada penjaga…mohon la pada yang menjaga dan menciptakan kita….sepantas sehebatmana pun kita mengejar dunia..jika tidak meletakkan Allah utama..kita tidak kemana-mana… Alhamdulillah..mohon pada diri yang lemah ini agar jauhkan mindset STAY UP lewat malam..tapi amalkan bangkit pagi….sepertimana imam syafii membahagikan waktu malamnya…agar bisa menjadi contoh walau tahu diri tidak sekuat itu..namun tidak kah teringin sepanjang hidup kita mencuba nilai2 baik dari tokoh2 Islam..mungkin cubaan kita menjadi benih yang subur sehingga mampu berakar umbi memasak ke jiwa dan mejernihkan nurani..subhanAllah…segalanya tidak mustahil andai Allah berkehendak..namun 1st step harus dari kita…. Sepertimana cerita nabi musa memukul tongkatnya membelah lautan…pada asalnya tongkat baginda hanya lah sebuah tongkat biasa namun Allah menyuruh baginda mengetuk..lalu terbelah lautan..dan mereka terselamat dari ancaman fiiraun..begitu lah perjuangna hidup..ancaman dari pelbagai arah..harus ada usaha …andai berusaha pasti Berjaya…manjadaa wajada..

Sepertimana diamalkan Sultan Mehmet Al fatih..baginda tidak pernah meninggalkan solat malam iaitu solat tahajjud sejak beliau akil baligh…itulah antara amalan yang membangkitkan semnagat spiritual belaiu..sehingga beliau Berjaya membawa islam menakluk 2/3 dunia..hebatnya seorang pemimpin yang disebut rasulullah sewaktu menggali parit ketika perang khandak..iaitu :

“sesungguhnya Konstantinople itu pasti dibuka. Sebaik-baik ketua dalah dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

Hal ini disokong oleh A. Ubaidillah Alias dalam buku yang bertajuk Sakinah “Sumber ketenangan dan keberkatan dalam hidup yang berbunyi:

“apabila sesorang itu mempunyai spiritual yang tinggi , semangat kerjanya akan meningkat dan kemahuannya tidak mampu digugat sesiapapun. Sebaliknya apabila spiritual nya lesu, semangat kerjanya longlai dan kemahuan mudah dipatahkan oleh unsur luar.”

Sesungguhnya islam datang membetulakan akhlak manusia…dan nabi pergi meninggalkan kita setelah Islam itu telah sempurna..harus apa lagi yang kita musykilkan..dunia ini terlalu enak untuk diratah..namun kekenyangan nye smentara sahaja..akhirat juga bekalan untuk selamanya….

Dalam kita mengejar dunia…jangan membelakangi akhirat..andai khirat yang memandu..nescaya dunia turut diperolehi… jgn terlampau dibelenggu dunia yang sementara..

Ya Allah…kupohon kuatkan hati..sesungguhnya aku tewas tanpa pegangan dari mu…pimpinlah aku…dan orang2 disekelilingku..semoga..semua memegang stereng pada darjah putaran yang memancu pergerakan jasad menuju dunia abadi dalam keredhaan dan keampunannmu ya Rabb.. amen..

*********************

Tuesday, November 8, 2011

MOVE or stay away or just be here. ??..


When the time reach to the end..i think i need to do something..tapi x de kuasa..hanya mampu doa dan memohon jalan terbaik.. dan menyibukkan diri dengan segala kerja..sehingga saya lupa akan itu.titik.Bila hati di uji. tiada lain selain mengadu pada illahi. dengan linangan mutiara titisan air yang keluar dari hujung mata..tiada lain selain ketenagan yang diharapkan...satu beban yang berat di hati diluahkan pada pendengar yang setia...ku syukuri atas segala nikmat dan anugerah yang telah diberi... fitrah insani yang tak bisa ku tolak ketepi..namun wajib mengikut syarie...kewajipan itu menjadi pagar agar aku tidak masuk ke kawasan larangan...Allah tahu yang terbaik.mujahadah la untuk memiliki kebahagian yang hakiki.

Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati
Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki
Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia

FATIMAH SYARHA

Thursday, October 20, 2011

berapa nilai segulung ijazah kita?

Bismillah… ya Allah..beri kan lah ketenangan dalam diri ini untuk menyelesaikan kerja-kerja ku ini..

Kenapa rasa diri seolah lambat dan slow sangat untuk melakukan kerja-kerja..kadang rasa lambat pickup..lambat faham..x faham la…cepat stress..x de mood…ngantok..haih…ya Allah jauhkan lah diri ni dari sifat-sifat negative yang membuatkan diri ku ini tidak ke mana…

Plan kosong di screen desktop masih ku tenung..tanpa sebarang idea yang cross in my mind…esok nak tunjuk dekat project manager…idea..idea…arghhhhh..kering otak rase…lama da ke tak buat design…???hewm…zoom in ..zoom out…scroll up…scroll down…pap!! Click mouse to minimize Autocad 2010…then Microsoft word di click…maka laju je jari ini menaip apa yang terlintas di fikiran sambil telinga mendengar lagu2 dari kumpulan hijjaz…hewm..teringat buku “kepemimpinan Al Fateh”…written by Ustaz Syaari…mungkin ini antara medium supaya spiritual seiring dengan mental…PAUSE!!

************

Kalau di perhatikan di wall facebook saya ..lately saya selalu post pasal Al Fateh..and ade yang komen saya obsess…saya bukan obsesss..Cuma mahu mencari kelompok yang sama-sama mendorong diri mengenal siapakah Al Fateh dalam lipatan sejarah Islam… al Fateh tidak seperti dogengan merong Mahawangsa…tetapi seorang tokoh Islam yang di telah di sebut oleh baginda Rasulullah saw dalam kitab Allah…dan itu adalah FAKTA . saya mungkin baru di ketuk pintu hati untuk mengenal siapa Al Fateh…kalau sebelum ini mungkin saya pernah belajar mengenai sejarah usmaniah dalam matapelajaran pendidikan islam sewaktu di sekolah menengah…namun saya tidak tahu…bagaimana kronologi zaman pemerintahan Islam selepas khalifah Arrashidin…Abbasid..Ustmaniayah…secara terperinci…ketukan hati itu harus di usahakan buka dan mendorong segala yang datang masuk ke dalam pintu hati… kerana apa…andai diri ini tidak mengetahui..bagaimana untuk aku menyampaikan kepada generasi seterusnya… mungkin aku sendiri tidak la terlalu thiqah untuk melakukan seperti yang di lakukan oleh beliau..tetapi cubaan sedikit demi sedikit yang berterusan adalah yang terbaik…dan mendidik generasi seterusnya untuk mengenali siapa Al Fateh itu membantu membentuk generasi yang ulul albab…dimana generasi yang menilai sejarah terdahulu..dan memproses dalam kehidupan seharian ….kerana apa…di dalam surah yusuf ada di sebut

“ Pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran untuk mereka yang sempurna dan tajam fikirannya…….” (Yusuf :111)

So,dimana posisi kita dalam Islam itu sendiri…?adakah beriman atau tidak…mohon kita di golongkan dalam orang-orang yang beriman…

**************

“ Ulil Albab adalah golongan yang mempunyai pemikiran yang bersih lagi sempurna sehingga mampu memahami hakikat perkara secara tepat “ Imam Ibnu Kathir, Tafsiran Al Quran Al Azhim..

Melihat kepada tafsiran di atas…saya terfikir..sejak saya hidup di bumi Allah selama lebih dari 22 tahun ini..menuntut ilmu dari tadika..hingga hari ini ..hampir ditahun akhir di UIA…adakah telah melayakkan saya di gelar Ulil Albab…selagi saya masih meletakkan hakikat itu bukan ditempatnya…dalam erti kata lain hati seolah mengakui hakikat..tapi keyakinan terhadap hakikat itu masih di tahap lemah…kerana apa…andai yakin pasti tidak ragu untuk mengaplikasi dalam kehidupan seharian… apakah nilai segulung sijil yang di gengam pada hari konvokasi nanti….mempunyai segulung ijazah ibarat mempunyai satu saham..berapakah nilai saham kita yang kita boleh laburkan dalam prasarana saham dunia…dan berapa pula nilai yang nye dalan board saham akhirat…namun adakah kita ingin melihat graf nilai ijazah kita di tahap rendah dari segi kualitinya…kualiti yang bagus adalah apabila..sunnatullah seiring dengan syariatullah..THINK!!

**************

Terus,bagaimana mahu menghubungkan sejarah kepemimpinan tokoh tokoh Islam terdahulu dalam bidang yang kita belajar sekarang ni…?tak kisah la economic,undang-undang senibena, ilmu wahyu,pendidikan..dan sebagainya…THINK!! ?

***************

Sambung Autocad sambil berfikir… (?)

-tulisan di bulan ramadhan..sewaktu praktikal di TTDI, Jaya Shah Alam..

Andai diri ini pergi..ku harap tulisan ini menjadi pengganti..

mengharap kan diri semakin diperbaiki dalam meniti hari-hari..